HIKAYAT PENDEKAR VS SAMURAI


Sinopsis

Hikayat Pendekar vs Samurai ini mengisahkan pertarungan sengit diantara Pendekar Helang Putih dan Samurai Naga Hitam yang cuba menguasai dunia kepahlawanan dimana masing -masing cuba mencari dan memiliki Kitab Hikmat Terunggul untuk menguasai hikmat yang paling hebat di maya pada. Bukan mudah untuk mencari Kitab tersebut memandangkan ianya tiada dalam pasaran samada pasar lambak mahupun pasar borong. Jadi memasing pun mengembaralah keseluruh pelusuk dunia .Dalam pengembaraan tersebut mereka sering bertempur untuk membuktikan hikmat siapa yang paling best. Segala pertarungan, pertempuran, pertembungan, pergaduhan, percakaran ,dan perbalahan serta perlawanan samada secara langsung ataupun siaran tertunda diharungi oleh mereka namun tiada kesudahan walaupun ditambah masa kecederaan dan sepakan penalti. Tiada yang menang atau kalah malahan seri pun tak pernah, Ini adalah kerana masing-masing tak mengaku kalah. Berilah apa pertandingan pun dari pertandingan memasak, mengubah bunga hinggalah ke pertandingan karaoke dan lari dalam guni pasti mereka akan berjuang bermati-matian walaupun tiada siapa yang mati cuma pengadil-pengadil dan juri-juri yang mati kutu untuk memilih siapa pemenangnya.





Kenapa? tak paham ke? Apa? Oooo takde dialog... takpe...
Sebenarnya dialog pertemuan mereka diatas ini tidak kelihatan dek terlalu hebatnya tenaga dalaman mereka ini. Mereka hanya berkata2 melalui angin lalu so tiada siapa dapat mendengarnya termasuklah pelukis jua . Namun sebetulnya kartun diatas merupakan sneak preview aje sementara menunggu proses dubbing siap sepenuhnya. Kelewatan ini adalah gara-gara studio rakaman suara tak dapat merakam suara mereka hanya bunyi angin je yang kedengaran walaupun segala studio rakaman kami kunjungi dari Hollywod, Bollywood, Mollywood, Kollywood dan Woodland . Proses warna juga gagal dijalankan kerana tiada warna yang sesuai untuk mewarnai hidup mereka. Namun begitu harap bersabar. sementara kami mengatasi masalah tersebut. Tunggu versi pernuh siap sepenuhnya yang sedang menjalani proses akhir di Unibersiul Studio . Harap Maklum













Ahad, 2007 Oktober 21





Seperti yang dijanjikan, setelah berhempas pulas di Unibersiul Studio maka siaplah proses mewarnai kehidupan kedua orang pahlawan tersebut. Dianggarkan Berjuta tan matrik warna telah digunakan dalam pembikinan tersebut hingga habis semua kaler dan cat diborong yang tinggal cuma pucat itupun merupakan wajah tokey cat pasal memikirkan mana nak cari cat lain lepas ni. Namun dukacita dimaklumkan proses dubbing dan alihsuara masih belum selesai sepenuhnya kerana pihak studio tidak menjumpai suara yang sesuai untuk diberi pada kedua orang pahlawan tersebut walaupun ujibakat telah diadakan terhadap semua pelakon yang bertauliah dari Hollywood membawa ke Holiday , dari Brad Pit hingga ke Brader remPit , termasuklah burung pipit namun kami masih tidak berpuashati dengan suara yang dirakam kerana tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Mungkin kami akan berpindah dari Unibersiul Studio ke Lucas di LukaiFilm Ltd jika masalah teknikal tersebut takdapat diatasi. Kalau tak berjaya jugak nampaknya kenalah ke Wakner Berus Studio tak pun ke Studio Jalan Hampas

Namun untuk tidak menghampakan kami hidangkan jua adegan yang telah sempat diwarnai




Jumaat, 2008 Januari 04





Setelah berhempas pulas dan bertegang urat dengan tukang dubbing yang degil taknak dubbing akhirnya siap jugak proses dubbingnya walaupun penyumbang suara asal sepatutnya adalah Brad Pitt dan Jim Carrey namun disaat akhir terpaksa digantikan dengan Brader Rempit dan Jimah Kari . Segala kesukaran dapat diatasi dengan tenang dan stabil. Untuk itu dengan bangganya Ijoi studio dengan kerjasama Paramuntah Pictures dan Universial Studio membawakan julung julung kalinya sambil menggulung tikar sebuah epik yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam disanubari.












Comments

Anonymous said…
hIahhhh yahhhh yappp kasi efek le aura2 sikit baru syiok
Anonymous said…
ok.. katun x banyak pun
Anonymous said…
bagi katun banyak sikit..

Popular Posts