KASI PECAH



Istimewa buat semua sahabat handai ,teman, rakan karib, taulan ,kawan dan kerabat tercinta, tersayang , dan terbest in the world. Memandangkan kita semua ni sering tension dlm kehidupan ini dan sering hidup dlm ketensionan, saya dengan ini berhasrat ingin menghiburkan hati anda .

Saya ingin anda ceria dan gembira dlm hidup ini. Kalau anda dah lama tak gelak atau buat orang gelak atau anda sendiri tak nak gelak atau gelak tak nak dgn awak, jangan risau dan jangan khuatir, saya ada mempunyai serum yang dinamakan laughter is the best medicine atau bahasa melayunya ketawa penawar duka. Ingat tu hanya duka nestapa je yg boleh disembuhkan, jika penyakit berlarutan sila kunjungi klinik berdekatan anda.

So kalau anda rasa nak bergelak ketawa untuk menghiburkan hati yang luka atau menyembuhkan luka- dilukai sila lawati laman blog ini seadanya, kalau rajin lah kalau tak rajin suruh aje nenek jiran anda melawatinya .

Di sini terdapat himpunan lawak kelakar selamba giler yang bisa memutuskan tali pusat, tali perut dan tali barut kerana makam lawaknya yang terlalu menyayat hati sehingga menyiat kulit anda

Peringatan

Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kerosakan pada sistem saraf dan komponen medula oblongata anda. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mencubanya. Kanak-kanak sila dapatkan pengawasan pengawas-pengawas di sekolah anda.

Ditegaskan sini kami tidak bertanggungjawab diatas segala kematian disebabkan sama ada mati akal, mati kutu , mati pucuk atau anda sendiri mati kerana membaca isinya. Selamat ketawa dan ketawalah dlm keadaan paling selamat sekali, bagi yang memiliki memakai atau membela gigi palsu sila pastikan gigi anda dibuka terlebih dahulu atau sila pastikan anda mempunyai sparepartgigi-gigi tersebut .

\\p.s blog ini akan diupdate dr masa kesemasa kerana terlalu byk bahan yg akan dihimpunkan, Dianggarkan sebanyak 5000 tan kaki persegi bahan yang berbaris untuk memasuki blog ini . Jadi bersedialah dengan segala ubatan, vitamin, jamu atau akar kayu yang mencukupi untuk bergelak ketawa sehingga pecah perut , pecah kepala, dan kasi pecah....!!!(ni kene ikut tonansi mcm dlm citer alibaba bujang lapuk sewaktu memecahkan jamban)

Selamat pecah-sepecah pecahnya

AMARAN KERAS :

SEGALA YANG TERKANDUNG , TERKUMPUL DAN TERHIMPUN DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN HASIL KERAHAN DAN PERAHAN AIR OTAK PELUKIS SENDIRI.
ADALAH DIMAKLUMKAN JUGA SAYA SEBAGAI PENULIS,PELUKIS DAN PEREKA BLOG INI MENGAKU TIDAK PERNAH MENJALANKAN KEGIATAN SEPERTI PLAGIAT, TERGELIAT, MENIRU, MENIPU, MEMFOTOKOPI ATAU MENCURI HASIL KARYA SESIAPA JUA DIDUNIA DAN DI BIMA SAKTI INI.
segala yang terkandung dan tercerita juga tiada kena mengena dengan sesiapa jua walau sebesar zarah. Kalau terkena jugak saya memohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya.
SEKIAN
IJOI
KARTUNIS BAWAH TANAH

Comments

Popular Posts