Top 6 : 6 Sebab Memakai Tudung


6 Sebab Memakai Tudung
Setelah bertungkus lumus menerjah beberapa orang responden di sekirar kota raya , bandar raya , balai raya dan hantu raya Top 6 dengan berani nya akan mendedahkah sebab-sebab memakai tudung yang popular dikalangan kaum wanita terutama para remaja kita dan mereka yang sangka masih remaja serta mereka yang berpura-pura remaja padahal kulit yang gebu dah jadi sebu silap silap dah jadi abu .
Ditangga ke 6
Ikut hati
Lahirnya keikhlasan didalam hati sanubari sendiri untuk menutup aurat tanpa ada paksaan atau gesaan dari mana-mana pihak. Ini jarang-jarang sekali kita jumpa dikalangan remaja kita, sejuk perut emak mereka mengandungkan mereka-mereka ni
Di tangga ke 5
Ikut-ikutan
Ni terutamanya remaja kita lah ni, bila keluar ngan family kemain lagi bertudung litup ialah mana taknya mak bertudung, kaklong bertudung ,kakngah bertudung, ikan pun bertudung saji , tapi bila keluar ngan kengkawan tudung ntah kemana . Ish-ish kesian kan takpelah asalkan dah belajar pakai tudung dan merasa camner bertudung tu kira ok lah jugak .
Di tangga ke 4
Ikut suruhan mak bapak
Golongan ini memang depan mak bapak bertudung, terutama kalau bapak dia tu jenis yang garang. Takut punya pasal sanggup bertudung. Bila dibelakang mak bapak tudung entah kemana.
Di tangga ke3
Ikut Peraturan
Golongan ini memang penat, mana taknya pakai tudung ikut peraturan. Bila diluar peraturan tanggal tudung . Selalunya perkara ini terjadi kepada mereka2 yang terikat dengan peraturan sekolah –sekolah samada sekolah kebangsaan atau sekolah agama, maktab , kolej ,pejabat , atau ada majlis-majlis tertentu yang memerlukan tudung dipakai. Tak kiralah dimana pun namun golongan ini tetap akan mebuka tudung bila dah keluar dari kawasan yang mengenakan peraturan tersebut. Kenapa yek? Tak rasa bersalah ke? Tak terpikir ke peraturan utama iaitu menutup aurat itu wajib.
Di tangga ke 2
Ikut Suka
Golongan ini lagi penat dan memenatkan, dia rasa nak pakai tudung dia pakai, bila taknak pakai tudung dia pakai skaff, bila penat pakai skaff dia tak pakai langsung. Bila rambut dia kaler-kaler, nak tutup dia pakai tudung, bila rambut dia rosak dia tutup dengan tudung. Kekadangtu main letak je tudung cam pakai selendang.
Yang paling popular
Ikut trend
Ini lagi penat dan memenatkan tiada yang penat sepenat penatnya melainkan golongan ini yang katanya begitu extreme dengan fesyen atau sentiasa uptodate tentang trend terkini. Bila musim trend orang pakai tudung labuh, dia pun bertudung labuh, bila orang pakai tudung sekerat-sekerat dia pun ikut, bila orang pakai tudung kecik dia pun ikut, bila orang pakai tudung lilit dia pun lilit. Bila orang pakai selendang dia pun selendang itu pun bukan menutup rambut tapi membalut badan je macam selimut. Bila musim orang tak pakai tudung dia pun tanggal sama. Bila orang kena tutup dengan kain kapan tau lak dia takut, tak nak pulak dia ikut.
Oleh itu marilah kita renungkan mengapa semua ini boleh terjadi, dan di tangga manakah kita berada. Ingatlah Tutuplah Aurat Mu Sebelum Aurat Mu Ditutupkan…

Comments

Popular Posts