Top 6:Cara-cara nak naik pangkat.
Top 6 telah berusaha menyelinap ke seluruh pejabat dan opis yang wujud dimaya pada ini untuk melihat cara yang paling popular yang sering digunakan oleh para staff untuk menaikkan pangkat masing masing tak kira lah jawatan apa sekalipun. Hasil dari kajian dan temumual yang dijalankan dengan ramai kakitangan termasuk jarikuku Top 6 telah membuat kesimpulan bahawasanya cara-cara yang sering digunakan ialah seperti berikut
Di tempat ke Enam
Sambung belajar makan masa jugak kurang -kurang 2 tahun untuk diploma atau 4 tahun untuk ijazah. Kenalah perah otak dan bertungkus lumus sikit. Ialah bukan senang nak naik pangkat ni. Kena korbankan masa, tenaga dan wang ringgit.
Di tempat ke Lima
Kerja kuat dan rajin-rajin tanpa buat kerja lebih masa, tanpa mc, tanpa EL, tanpa cuti tahunan.tanpa cuti rehat, dan kalau boleh time rehat pun jangan berhenti pendek kata kerja,kerja kerja kerja. kalau tak naik pangkat gerenti masuk wad.
Di tempat ke Empat
Yakinkan bos yang anda memang layak dinaikkan pangkat dengan menunjukkan kemampuan dan kebolehan anda menyelesaikan tugasan yang diberi.Kalau boleh tugas bos pun kita tolong selesaikan. silap haribulan kita yang selesai atau dalam erti kata lain ditamatkan perkhidmatan.
Di tempat ke Tiga
Bagi idea yg bernas atau tunjukkan kelebihan dan kepakaran anda dari staf yang lain. Supaya anda lebih menonjol dari orang lain.Kalau anda rasa ada staff lain yang macam terer dari anda, cepat-cepat singkirkan dia.Tapi jangan sampai anda pulak yang tersingkir, Menangis tak berlagu nanti.
Di tempat Ke Dua
Ikut aje cakap bos tanpa membantah sedikit pun Kalau boleh sentiasa tersenyum ketika Bos memberi tugasan walaupun disuruh cuci kasut sekalipun. Kira-kira cam balacilah jugak.
Di tempat Pertama
Ampu bos, Bodek bos, Kipas bos dan seangkatan dengannya sampai dia sayang dengan anda. Kalau berani bomohkan aje bos anda tu. Jangankan naik pangkat, silap-silap bos suruh gantikan tempat dia.
Itulah realitinya yang kita lalui samada kita sedari atau tidak. Namun begitu
walau apa cara sekalipun yang anda lakukan untuk menaikkan pangkat anda sendiri, ingat-ingat lah jua dengan jalan yang benar atau tidak. Yang benar akan mendapat ganjaran yang baik walaupun bukan didunia ini. Biarlah bersusah payah sikit asalkan ianya betul dan benar,ikhlas dan jujur. Fikir-fikirlah kerana anda mampu mengubahnya.

Comments