Top 6: Kemanakah Kekayaan dan Harta Dibelanjakan

Sebelum ini kita telah dibawa melihat cara-cara paling popular untuk mengkayakan diri, kali ini Top 6 akan membawa anda menyelami kelubuk hartawan, kayawan dan jutawan tentang kemanakah harta yang mereka berjaya kumpulkan tak kiralah melalui jalan apa sekalipun di belanjakan . Apa yang bakal anda baca mungkin agak mengejutkan tapi ia adalah realiti kehidupan walaupun bukanlah kesemua parawan ini menggunakan harta begini tetapi kebanyakkannya lah. Menurut bancian dan kajian yang telah dijalankan oleh krew Top 6 kebanyakkan parawan ini telah membelanjakan kekayaan mereka seperti berikut Ditempat Ke Enam Pergi menunaikan Umrah atau Haji dan mensyukuri akan kekayaan yang dipinjamkan kepada mereka. Alhamdulillah.Tapi ada jugak yang pergi dengan pakej yang ekslusif, mahal dan mewah. Tak salah pun kerana mereka mampu ,Cuma tak sampailah intipati sebenarnya, untuk merasai bahawa manusia itu sama tiada pangkat atau darjat yang memisahkan. Ditempat Ke Lima Membuat Amal Jariah dengan menderma kepada Badan-badan amal atau kebajikan. Mulia sungguh orang kaya sebegini. Cuma time nak beri Cek tu yang musykilnya... ialah mana taknya bila dihulurkan cek Humannggg aih.. Lagi besar cek dari pintu Bank. Agaknya kalau nak dibawa ke Bank mahunya kena guna Lori Pickup. Ditempat Ke Empat Membuat kebajikan seperti membina madrasah, sekolah, rumah anak yatim dan sebagainya. Ini memang bagus tak ramai yang berkemampuan untuk membinakan penempatan untuk orang ramai menggunakan pendapatan sendiri. Yang bina penempatan sendiri menggunakan pendaparan orang ramai mungkin ramai. Ditempat Ke Tiga Melaburkan wang yang ada untuk mendapatkan pulangan yang berganda-ganda ganda. Dah lah kaya bertambah tambahlah kekayaan mereka. Segala syer, saham, bond , jongkong emas dimilikinya. Tak cukup dengan itu, punya aset serta perniagaan didalam dan diluar negara. Pergh Siddiq Sigaraga mesti jealous punya Ditempat Ke Dua Melancong keserata dunia. Sebut saja apa negara semua pernah dijejakinya Bukan takat pergi sehari dua je malah sebulan dua pun pernah . Dari pakej bertaraf 5 bintang hinggalah ke pakej beribu bintang hulur aje wang semua disediakan. Cuma kekadang Mekah dan Madinah je belum disinggahnya. Katanya tak sampai seru lagi. Ditempat Pertama Joli katak tarak ingat punya dengan membeli pakaian mewah, perhiasan mewah, gajet mewah, kenderaan mewah, rumah mewah, aksesori mewah, perabot mewah, perempuan mewah, lelaki mewah hinggakan makan pun bermewah mewahan pendekkata semuanya yang mewah semewah mewahnya. Supaya nampak mewah bergaya dipandang tinggi dan mulia. Bak kata pepatah omputihtu Stail. Kualiti, Ekselen... Tak mengapa tak de siapa pun melarang dan tidak salahpun kerana kekayaan dan kemewahan itu semua milik mereka. Kalau yang beringat tak mengapa tapi yang masalahnya kebanyakkannya tidak mahu ingat bahawa semua itu sementara sahaja. Atau mungkin kerana sementara itulah mereka nak merasa semuanya.Biarkan... Ingatlah suatu masa nanti kita semua akan ditanya oleh pemilik segala kekayaan tentang: Hartamu kemanakah Engkau Belanjakan? Bila tiba saat itu nanti tiada pengawal peribadi atau pembantu peribadi yang dapat membantu. Bersendirian lah kita menjawabnya. Jika anda terlepas untuk membaca Carta Top 6 yang lepas iaitu Cara-cara Nak Cepat Kaya sila klik sini>>>>> http://ijoikatun.blogspot.com/search/label/Top%206

Comments

Popular Posts