Top 6: Berhenti Merokok
Tips Berhenti Merokok, Cara Berhenti Merokok, Teknik Berhenti Merokok walau apapun namanya adalah menyuruh orang untuk berhenti merokok.
Dah lama merokok pastu suruh berenti! Ingat senang macam tekan brek? Tekan je terus behenti.. Susah beb kalau nikotin tu dah jadi darah daging.. kalau sejam tak sedut tak tentu arah dibuatnya.. Itulah antara luahan perokok tegar yang amat susah nak berhenti merokok kalau yang berhenti beli rokok tu mungkin ramai tapi masih pau rokok orang.
Jadi kita sebagai kawan, sahabat,saudara, adik, abang, kakak, sepupu, anak, isteri, biras, ketua kampung dan sebagai apa sekalipun perlu prihatin dan bertanggungjawab dengan masalah mereka ini.
Untuk menikmati udara yang segar dan bebas dari asap rokok kita perlu menjalankan tanggungjawab kita didalam membantu perokok ini berhenti merokok. Selalunya perokok kalau ada inisiatif untuk berhenti merokok tentu mereka berusaha berhenti dengan pelbagai cara antaranya hisap gula-gula, tidak membeli rokok dan pelbagai lagi cara, tips dan teknik berhenti merokok yang telah disebarkan. Tapi adakah kita, yang dekat dengan mereka ini tidak perlu berbuat apa-apa? Salah sama sekali kalau kita anggap kita tak terlibat. Kita juga perlu bersama memberi sokongan moral kepada mereka supaya berhenti merokok dan antara cara-cara yang boleh kita lakukan ialah seperti berikut:-
cara2 nak galakkan kawan supaya berenti merokok
Yang ke Enam
Nasihat Lisan
Tiap kali dia merokok nasihat dia bahaya merokok, Setiapkali dia seluk poket katakan Sesungguhnya merokok itu membahayakan kesihatan, Setiap kali dia nak hidupkan api je sebut Sesungguhnya..setiap kali jumpa dia je sebut sesungguhnya,,, lama-lama dia pun bosan asyik kena sesungguhnya.. walaupun dia sedang membaca surat khabar,, lama-lama dia pun berhenti. tak percaya? cubalah..!
Yang Ke Lima
Nasihat Visual
Tiap kali dia merokok tunjuk gambar kat kotak rokok peringatkan tentang kesan buruk akibat merokok. Kalau tak jalan jugak, mintak tolong pada kawan atau sedara yang kerja kat dewan bedah supaya ambik sampel barah yang telah dipotong dan masukkan dalam balang, setiap kali diorang nak hisap rokok, keluarkan sampel tersebut dari balang dan tunjukkan pada mereka. Kalau gambar dah tak berkesan mungkin sampel boleh menimbulkan kesan efek. Kalau tak jalan jugak korang ambik pisau bedah terus toreh dada beliau. Kalau ditanya kenapa? Katakan nak semak paru paru kau elok lagi ke tak?
Yang Ke Empat
Derma
Tiap kali dia merokok bagi sepuluh sen. Bila di tanya kenapa? Jawablah : Kesian kat kau nanti, kos perubatan sekarang dah mahal. Nak lagi best pakat ramai2 derma kat dia, tunjukkan senarai penderma yang bermurah hati. Bila dia dah risau lama-lama dia mesti berhenti merokok. Nak lagi best bagi kat dia senarai penderma organ dalaman dengan ucapan :Ini sebagai persediaan manalah tahu kalau kau memerlukan limpa baru nanti... kalau dia tak terkedu tak tahulah spesis apa punya manusia..
Yang Ke Tiga
Pulaukan
Tiap kali dia merokok kita pakat ramai-ramai tinggal kan dia hisap rokok sensorang. Ni kira macam pulaukan dia lah.. bila dia bukak je kotak rokok masa di meja makan, kita ajak yang lain tukar meja lain jauh dari dia. Bila dia hisap rokok dalam bilik kita pakat pindah ke bilik lain. Cuba lah 10 kali 100 kali lama-lama dia tentu tak hisap rokok depan kita. itu baru permulaan lama-lama dia dengan sendiri tak nak merokok lagi.
Yang Ke Dua
Batuk beramai-ramai
Tiap kali dia merokok buat-buat batuk dan sesak nafas, kalau nak efek lagi best guling guling kat lantai dan buat pengsan ramai-ramai. Lama-lama tentu dia panik asal hisap rokok je member pitam, asal member pitam je hisap rokok.
Yang Pertama
Muntah beramai-ramai
Tiap kali dia merokok pakat ramai-ramai muntah depan dia. Cara inilah yang paling berkesan untuk menunjukkan tahap kejijikan melampau korang pada rokok, Cuba lah buat sekali dua. masuk kali ketiga dia pun muntah sama. Pastu tentu dia dah taknak merokok lagi. Asal nak merokok teringat muntah, putus terus selera,,,Cubalah kalau berani..
Walau bagaimana pun pokok pangkalnya terletak kepada yang empunya diri, Kalau berusaha gigih InsyaAllah pastikan ketemu kejayaan.
Selamat berhenti merokok sebelum rokok menghentikan anda.
Sila klik pada label untuk carta yang lalu
Comments