Tentang Bunyi



i. Pengenalan Kepada Format Fail Bunyi

Fail Bunyi merupakan sebuah fail yang di buka untuk menyimpan bunyi mengikut format tertentu. Fail tersebut merupakan sebuah dokumen eletronik yang dihasilkan menggunakan aplikasi atau perisian komputer. Ianya boleh di simpan, di edit, di manipulasi, di mainkan semula atau di gubah mengikut kepentingannya.Format fail tersebut juga berbeza mengikut aplikasi yang digunakan . Fail-fail itu juga boleh di emel, di bakar kedalam cakera mampat dan di muat naikkan kedalam internet.

Terdapat pelbagai format fail bunyi dan penggunaannya bergantung kepada kepentingan pengguna. Misalnya fail yang hendak dimuat naik kedalam laman web perlulah dimampatkan terlebih dahulu.

ii. Format Fail Tidak Termampat

Format ini sesuai untuk semua jenis komputer selagi ruangan storan masih mencukupi atau ianya tersimpan didalam peranti media sepert i DVD-ROM,CD-ROM dan sebagainya. Format ini memerlukan ruangan storan yang lebih untuk menyimpan serta memainkan bunyinya

Diantara fail bunyi yang utama dan meluas digunakan di platform komputer ialah:-

AIFF(Audio Interchage File Format)

WAV (Wave Audio File Format)

AU ( Audio File Format )

MIDI ( Musical Instrument Digital Interface )

iii. Format Fail Termampat

Pemampatan bermaksud mengurangkan saiz fail dengan memampatkan fail tersebut. Dalam proses ini data-data yang dianggap tidak penting akan dimansuhkan. Pemampatan ini bertujuan untuk mengecilkan saiz fail supaya mudah untuk di muat naikkan kedalam internet. Kaedah pemampatan biasa yang diguna bagi audio ialah ADPCM (adaptive differential code modulation) yang menggunakan CODEC.

CODEC membolehkan fail di mampat dan dinyah-mampatkan kembali untuk didengar semula.

Terdapat dua jenis pemampatan iaitu

Lossy iaitu format yang membuang dan menyingkirkan maklumat data yang tidak diperlukan.

Fail menjadi kecil dan mudah untuk di muat turun atau di muat naik namun kualiti bunyi yang menjadi kurang

Losless iaitu format yang menyimpan segala maklumat . Namun begitu data tersebut dibuang secara sementara semasa proses pemampatan dan akan dimasukkan semula berdasarkan kepentingannya.

Kualiti bunyi terpelihara namun fail tidak dapat dikecilkan sepenuhnya ini adalah kerana semakin banyk data yang disimpan, semakib baik kualiti bunyi namun semakin besar failnya

iv. Jenis-Jenis Format Fail Yang Selalu Digunakan

MP3

Singkatan untuk MPEG-1/2 Layer 3 ialah sejenis algoritma audio yang mampu memampatkan saiz data audio yang asal sambil mengekalkan kualiti dan hasil bunyi yang sama atau hampir sama dengan audio yang asal.

Real Audio

Bunyi dimampatkan menggunakan teknologi Real Audio atau bunyi sebenar namun memerlukan pemain Real Audio untuk memainkan bunyi

Windows Media Audio

Format fail bunyi yang standard bagi semua komputer yang berplatformkan Microsoft Windows namun mempunyai versi Macintosh. Boleh memainkan audio dan video, DVD, MP3, radio internet dan lain-lain lagi.

Quicktime

Format fail multimedia yang menyokong audio dan video., MP3, CD, dan aplikasi Flash.

Ogg Vorbis

Format fail audio standard untuk platform open source iaitu Linux

Comments

Popular Posts