Team Building
Lama betul dah aku tak melukis kartun, bukan malas tapi tak sempat itulah alasan yang terbaik yang terlintas di batu jemala ini. Bebaru ini aku daptlak tugasan untuk buat teaser iaitu visual yang boleh menarik minat khalayak untuk menyertai Acara Bina Pasukan@ Team Building yang akan dilakukan nanti.
Tentu acara-acara azab menanti peserta-peserta team building ni kan seperti menyelam di dalam kubang gajah hidung pendek , memanjat pepohonan berduri di kala senja merah di ufuk timur, merangkak didalam lubang biawak yang kesepian, berjalan sendirian didalam kegelapan dan kesunyian malam ditemani unggas, agas dan buragas dan macam-macam lagi yang serik seram dan serun terbayang di mata dan diminda para peserta. Apa pun Team Building ini sebenarnya nak memupuk semangat kekitaan dan semangat juang didalam satu pasukan.
Selalunya kesemua peserta team building ini tanpa mengira usia, pangkat dan jawatan akan di lanyak dan diuji dengan aktiviti -aktiviti luar pintu yang lasak dan extreme ala-ala komando sehinggalah kepada aktivi didalam pintu yang mencabar minda seperti memasukkan air kedalam botol kickapoo menggunakan penyedut minuman yang bocor dengan mata ditutup dan tangan terikat pada kerusi. Memang mencabar.
Kalau bebudak yang belia remaja mesti suka dan teruja dengan aktiviti-aktiviti seperti ini apatah lagi kalau dapat bercampur gaul lelaki dan perempuan tanpa batasan pasti bertambah seronok lah mereka. Tapi bagaimana pulak dengan makcik pakcik yang dah lama tinggalkan zaman remaja nak mengharungi aktiviti-aktiviti lasak ini ye? Hmmm. bayangkanlah mereka-mereka ini mendirikan khemah, melakukan aktiviti terbang musang , panjat dinding dan aktiviti-aktiviti lasak lain ala komando. Mesti ramai yang pitam dan muntah belilah. Namun demi kerana untuk membina pasukan mereka-mereka ini sanggup bersama menceburkan diri kedalam kancah team building ini ,itu yang tabik kepada mereka-mereka ini. Jangan sangka tua itu tidak berdaya, pengalaman yang tersemat didada menjadi azimat mereka walau yang muda merasa ego dengan kederat mereka yang masih mantap dan mantop namun satu hari nanti akan lemah jua. Justeru beringatlah kita semasa diberi kekuatan sebelum digantikan dengan kelemahan. Ingat lima sebelum lima.
Comments