Peralatan yang perlu dibawa untuk masuk hutan bagi aktiviti Team Building yang berlangsung hanya satu hari satu malam

Seronok tengok gelagat para peserta ni sebenarnya  mana taknya dalam ramai-ramai tu bukan semua pernah atau ada pengalaman bercamping masuk hutan keluar hutan tu yang habis segala benda diangkutnya. Yang bawak lap top pun ramai padahal bila dah masuk dalam hutan mana nak dicucukkan chargernya pastu bila pulak masanya nak mengadap laptop tu  kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti yang disusun aturkan.  Yang kaum wanita pulak ada yang  tak tinggal peralatan mekapnya bila pulak masanya nak melaram.   Dalam hutan pun nak bermekap sakan, pelikkan tu. Bila dah berpeluh buat jungle tracking muka pun jadi compang camping bercampur aduk mekap dan peluh.  Nasib baik tak disuruh bawak kemah kerana telah disediakan oleh penganjur kalau tidak pelbagai bentuk kemah akan dibawa dari kemah kecik sampai kemah kencuri kawin dibawanya.
KARTUN XPDC EKSPEDISI KEMBARA

Comments

Popular Posts