Briefing Bla Bla Bla
Pagi tadi, pagi pagi dah masuk briefing tentang program dan sistem terbaru dan terhangat dipasaran ( tak cayalah, ini saja je vendor tu nak puji software dia sendiri) Tubuh memang disitu tapi fikiran aku yang tak terkawal ini telah berjaya menyalahgunakan kertas nota yang sepatutnya untuk menotakan butir-butiran briefing itu yang akhirnya telah digunakan utk menggambarkan tukang briefing laksana seorang pemotong rumput yang dengan khusyuk memotong seluruh padang tanpa menghirau persekitaran, samada orang terganggu atau tidak dengan deruman mesin rumputnya yang berkuasa 80 kuda padi kampung pinang sebatang tu. Begitulah tugasnnya seorang pembriefing( jangan guna perkataan ini tanpa pengawasan cikgu tatabahasa) yang perlu berkata-kata tanpa henti ibarat mesingan rejim yahudi yang berterusan memuntahkan pelurunya tanpa mengira sasarannya tepat atau tidak , bersalah atau tidak. Ini tidak adil tidak adil tidak adil tidak adil kata Yuna.
Adil atau tidak ,Bedillah secukupnya ,semahunya dan sepuasnya andai mereka rasakan merekalah terhebat didunia tapi mereka lupa hanya didunia aje yang mereka hebat sedangkan selepas dunia ada akhirat yang menanti. Disana nanti penyesalan tidak berguna lagi.

Comments