Dengarlah nasihat ku ini, Please..


Flood cartoon



Nasihat Menghadapi Banjir

Persediaan Sebelum Banjir:
  • Elakkan membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir;
  • Selenggara parit/ longkang/ saliran air supaya tidak tersumbat;
  • Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
  • Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenalpasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
  • Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa;
  • Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
  • Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/ beg/ fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
  • Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
  • Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
  • Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
  • Simpan/ ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabut taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
  • Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
  • Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dbenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan;
  • Dapatkan insuran banjir jika berkemampuan.
Apabila Berlaku Banjir:
  • Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
  • Ikuti arahan pihak berkuasa;
  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
  • Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  • Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti;
  • Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
  • Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras; dan
  • Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.
Selepas Banjir Reda:
  • Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar;
  • Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
  • Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
  • Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
  • Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
  • Jika terserempak dengan haiwan liar/ berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
  • Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
  • Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
  • Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah  dengan segera.
Sumber dipetik dari :http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/


Mari kita berkongsi maklumat bersama-sama.

Dapatkan tips berkenaan banjir di http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/Board/List?board=136

Comments

Popular Posts