Ijoi Reka: Graphic Department

Khamis, Disember 15, 2011

Kemana selepas SPM?


Lepasan SPM
•Dapat Keputusan SPM
•Gagal – Nak Ulang atau nak kerja terus atau nak bisnes atau nak tolong mak bapak kat kedai/kebun/sawah dll kalau pompuan boleh trus kawin.
•Cukup makan - bagi yang tak puashati mungkin nak Ulang balik SPM atau yang dah puas hati boleh gak kalau nak cuba nasib masuk IPTS @ kolej@pusat-pusat kemahiran yang tumbuh macam cendawan . Ada jugak yang nak kerja terus atau tolong mak bapak yang ada bisnes kebun sawah ladang dll atau tolong habiskan beras.
•Yang lulus cemerlang – mesti nak masuk IPT atau IPTS atau Kolej
  • Yang sedang bekerja di restoren2 di kedai2 , dibutik2 atau distesen2 minyak tu bolehlah pakat ramai2 berenti. Tapi kalau dah gagal cemerlang boleh lah terus kerja kat situ.
•Isi dan hantar borang reramai
•Tunggu tawaran - yang sedang kerja teruskan kerja yang konfiden dapat IPT dah mula malas bekerja dan selalu ponteng, yang melepak makin membulatkan diri
•Dapat tawaran apalagi kecoh satu dunia
•Pikir dulu tak pun tunggu dulu iyalah dah mohon banyak tempat kene lah tunggu semua.
•Buat keputusan ambik yang terbest. terima tawaran IPT2
•Shopping brg keperluan dari sabun sampai spender
•Buat kenduri kesyukuran sikit( tak semua tapi memang ada)
•Tup Tup dapat tawaran dr IPT1 trus ubah keputusan nasib baik tak register lagi. Bagi yang dah register pun ubah fikiran
•Hantar (bab ni best)bakal student sorang pengiringnya 25 orang iyelah datang sampai 5 buah kereta .Bayangkan 5 kereta x 5 org tak 25, itu tak campur lagi yg naik van atau chartered bas persiaran.
Kalau ke oversea antar sampai kat airport. Kalau local trus hantar sampai ke ipt
•Pastu pergi kebilik memasing, berkenalan dgn room mate.
•Pastu perpisahan ngan keluarga, (bab ni syok) ada yang meraung, tak kurang yang bergolek –golek atas tanah almaklumlah tak pernah berpisah sejak kecik
•Pastu bermulalah hidup di IPT
•Minggu orientasi, buat persembahan, suaikenal sesame klasmet sendiri, ngan senior, ada yang kena ragging dan macam-macam lagi kisah
•Maka bemulalah kuliah. Berkenalan ngan pak guard, warden,makcik kafe,lecturer, kengkawan, yg rapat semakin mesra yang mesra terus bercinta, yg lain menganga dan kecewa , yg bercinta terus hanyut, yg hanyut terus karam , yg karam terus lemas, yang lemas terus padam, yg padam terus tak menyala
•Macam2 berlaku makan,study,kuliah tidur , kuiz, buat assignment/projek, individu /kumpulan , presentation final exam dsb
  • Pastu masuk semester 2
    Dah jadi senior pulak
    Yg dulu kene tarik kening dgn senior kalini melampau sampai bakar kening junior balas dendam lah kununnya. Yang dulu kene suruh menyanyi kalini dia suruh junior menyanyi atas kerusi.
    Macam2 lagi kisah yagng bercinta dulu dah beranak pinak agaknya.
    Macam2 berlaku kat hostel kat kelas kat dewan kuliah, makan,study,kuliah tidur , kuiz, buat assignment/projek, individu /kumpulan , presentation final exam dsb
  • Yg tak sekepala terus bermasam muka, Yg bermasam muka terus tak bertegur sapa , tak bertegur sapa terus bermusuh, yang bermusuh terus bergaduh, yg bergaduh terus bertumbuk, yg bertumbuk terus lebam, yg lebam terus bengkak , yang bengkak terus pitam, yg pitam terus jalan.yg jalan terus tak balik2 lagi.
    Pastu cuti lagi,
  • Pastu praktikal lak
    Pastu sem akhir
  • Pastu Konvo
  • Pastu Menganggur
  • Pastu Cari Kerja
  • Pastu Kerja
  • Pastu Kawin
  • Pastu Beranak
  • Pastu Bercucu
  • Pastu Bercicit
  • Pastu pastu pastu pastu sampailah kehujungnya. Begitukah kronologinya????
  • Itu yang ambil keputusan belajar yang ambik keputusan meniaga, menoreh, melayan, menolong mak bapak dan bermacam-macam lagi tu macam mana pulak.
  • Kesimpulannya keputusan ditangan anda  dan jangan salah buat keputusan kerana ia akan menghantui anda seumur hidup. Pilihlah jalan yang lurus bukan lorong yang gelita.
  • Istikharah lah agar pilihan anda adalah tepat dan  terbaik untuk  kejayaan bagi  agama, dunia dan akhirat.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Perhatian

SEGALA YANG TERKANDUNG , TERKUMPUL DAN TERHIMPUN DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN HASIL KERAHAN DAN PERAHAN AIR OTAK PELUKIS SENDIRI.ADALAH DIMAKLUMKAN JUGA SAYA SEBAGAI PENULIS,PELUKIS DAN PEREKA BLOG INI MENGAKU TIDAK PERNAH MENJALANKAN KEGIATAN SEPERTI PLAGIAT, TERGELIAT, MENIRU, MENIPU, MEMFOTOKOPI ATAU MENCURI HASIL KARYA SESIAPA JUA DIDUNIA DAN DI BIMA SAKTI INI.
Segala yang terkandung dan tercerita juga tiada kena mengena dengan sesiapa jua walau sebesar zarah. Kalau terkena jugak saya memohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya.
SEKIAN
IJOI
KARTUNIS BAWAH TANAH