Tentang Kita

DSC_0098
Anda mungkin seorang yang berjawatan, usahawan, jutawan, doktor haiwan mahupun angkasawan yang makan dipinggan minum dicawan. Tak kisahlah apa atau siapa pun anda yang pasti untuk sampai ketahap yang anda berada sekarang dah tentu anda pernah bergelar pelajar walaupun tak terpelajar dan tak kurang juga yang kurang ajar.
Sekalipun ada antara kita yang tak pernah berkesempatan menjejak kaki ke pusat pengajian tinggi sebagai pelajar mungkin pernah menjejak kaki sebagai pelawat, peniaga, penghantar atau mungkin dah tersalah jejak hingga ke pusat-pusat serenti. Pun kat situ kene jugak belajar ye tak?

Tak kiralah dimana jua pun yang pastinya kita semua tidak terlepas daripada proses pembelajaran waima yang tak pernah masuk sekolah sekalipun melalui proses pembelajaran . Tak percaya ke? Abistu, kalau tak belajar takkan kita buleh bercakap, berjalan, berlari, melompat makan dan sebagainya ye tak? Nak tahu semua tu kene lah belajar, mana ada orang yang keluar-keluar je dari rahim terus jadi CEO . So rumah lah tempat pertama kita belajar, bila dah cerdik sikit dan pandai berdikari maka bermulalah evolusi pembelajaran atau pendidikan kita dari pusat jagaan kanak-kanak hinggalah kepusat pengajian tinggi dan kalau tak bernasib baik berakhir di pusat penjagaan orang-orang tua.

Kenapa kena belajar tinggi-tinggi? Jawapan nya tentu nak berjawatan tinggi betul tak? Tipulah kalau cakap belajar tu setakat nak menimba ilmu, tak yah belajar tinggi2 pun buleh jugak menimba pengalaman takpun menimba air perigi . Terkadang pengalaman lebih mengajar kita untuk matang, cuma peluang je tipis sikit, nak-nak lagi zaman siber yang penuh huru-hara ini memaksa kita memiliki segulung kertas dari pusat pengajian tinggi sebagai tiket untuk mendapatkan jawatan yang dihajati. Kalau nak dikira kertas tu tebal sikit je dari kertas surat khabar takpun kertas yang membaluti nasi lemak yang kita hadap setiap pagi. Berapa sen sangatlah kertas tu? Kalau jual kat apek paper lama pun setakat lepas beli gula-gula 5 -6 biji. Tapi kerana dek kertas yang tak berapa nak bernilai tulah yang menyebabkan kita semua terpaksa bertungkus lumus pagi petang dan bersengkang mata siang malam.

Dek kerana kertas tulah kita semua bertungkus lumus memohon untuk memasuki pusat pengajian tinggi. Tak kiralah berapa tinggi pusat pengajian tersebut atau dimana saja samada diluar mahupun didalam negeri, kita semua mempunyai wawasan masing-masing tak pun masih was-was dengan kursus yang diambil almaklumlah kursus yang ditawarkan pun merupakan pilihan ketiga. Nak tak nak terpaksa terima, dah takde pilihan lain, habis semua kengkawan dapat masuk ipt takkan kita taknak masuk kot. Maka canang pun dipukul oleh mak bapak kita ke serata kampong,desa, mahupun pekan tentang kejayaan anaknya masuk ipt. Kalau yang dapat masuk ipt dalam negeri pun dah tumbang ayam 5-6 ekor, apatah lagi kalau dapat tawaran dari luar negeri, mahunya tumbang 5-6 ekor kambing lepastu dengan mak-bapak dia tumbang sekali, tak keharu.

Justeru yang dah dapat peluang tu berjuanglah bersungguh-sungguh kerana andalah harapan ibu bapa , keluarga, bangsa dan negara.
Jadilah pelajar yang cemerlang. Berilmu dan beramallah. Kerana ilmu itu menyuluh kegelapan.

Comments

Popular Posts