Menconteng satu terapi

Ada 3 cara dalam teknik seni shading iaitu  hatching,pointillism dan scribbling

Teknik hatching yang paling popular dan meluas digunakan oleh semua kartunis dan komikis diseluruh dunia terutamanya komik aliran jepun aka manga.
Hatching tu apa? hatching tu seni garisan yang dilukis samada secara vertikal, horizontal  atau digabung dari pelbagai sudut yang membentuk bayang pada objek atau karekter kartun.
Pointilsm juga adalah untuk menimbulkan bayang tapi jarang digunakan kerana rumit dan sukar kerana ia menggunakan dot dot untuk menggantikan garisan. Ada jugak yang guna teknik ini sekali sekala. Kalau guna selalu banyak lah kertas berlubang kerana nak mendotkan lukisan tersebut.
Scriblling adalah teknik yang paling rendah dikalangan teknik shading ini kerana ianya seolah-olah contengan lakaran atau lecokkan budak tadika yang menconteng garisan secara bebas sehingga membentuk objek. Teknik ini jarang digunakan oleh kartunis mahupun komikis kerana ia seperti memburukkan lukisan mereka yang cantik itu. Nampak macam bebudak je tapi padahal ianya satu seni yang mampu menenangkan jiwa pelakarnya. Cubalah teknik ini anda pasti teruja sambil berimiginasi. kalau boleh jangan angkat mata pensil atau pen semasa melakar, lakarlah dengan bebas freedom seolah dunia ini anda yang punya..ketepikan kritikan atau kutukan orang. Fill the freedom bebaskan imiginasi anda keatas kertas agar segala yang terbuku dijiwa bisa diluahkan dimuntahkan.  Supaya otak kurang beban. Ianya merupakan satu terapi yang bisa menenangkan jiwa, boleh merelakskan minda menurunkan tekanan darah. Tapi sambil-sambil scrible tu berzikirlah sekali barulah mencapai ketenangan yang hakiki. InsyaAllah.. Tunggu apa lagi ambik pen dan kertas sekarang lakarlah apa saja yang ada dihadapan anda atau yang  terlintas dibatu jemala anda, atau yang melintas dihadapan anda tak kiralah kucing ke, kawanke mahupun bos anda yang tetiba muncul. Selamat menscrible dan scriblelah dalam keadaan selamat.

Samsung SCX-6x22 Series_20120126151735_1Samsung SCX-6x22 Series_20120125160603_1Samsung SCX-6x22 Series_20120126091814_1

scribbling a therapy, Kritzeln einer Therapie, scarabocchiare una terapia, garabateando una terapia, zmângăleală o terapie

Comments

Popular Posts