Pandai Cakap vs Cakap Pandai

Macam sama je bunyinya tapi maksudnya berlainan sekali.
Disekeliling kita orang yang demikian memang ramai. Persamaan mereka ialah   cakap saja lebih time nak buat kadang-kadang buat, kadang-kadang yang selalunya tak nak  buat atau tak reti buat dan yang paling kerap ialah tak buat langsung. Orang jenis ini biasanya pasti akan menjadi jurucakap kerana sememangnya mereka pandai bercakap.  Orang macam ini memang sesuai berada di arena politik Cakap boleh lah... kerana cakap memang murah. Hari ini cakap nak buat  itu ini supaya dipilih tapi bila dah dipilih batang hidung pun tak kelihatan.

'Sembang bagi orang bimbang
pokok nyok boleh tumbang'

Comments

Popular Posts