Emas dan dinar sebagai pelaburan


Aku baru nak berjinak-jinak dengan emas dan dinar ni. Tengah kumpul wang nak beli emas dan dinar        sebanyak yang mampu untuk menjana pendapatan dan simpanan serta pelaburan untuk masa depan. Baru aku tahu nilai emas amat berharga berbanding duit kerna duit pasti akan susut nilai. Bukti susut nilai ialah kalau bertahun-tahun dulu sekeping roti canai cuma 40 sen sekarang ni dah RM 1 hinggit plus plus. Duit makin banyak disimpan makin turun nilainya. RM100 10 tahun dulu tetap RM100 tahun ini tapi nilainya dah tak sama cam 10 tahun dulu, ini semua angkara inflasilah ni . Kalau RM 100 10 tahun dulu boleh belanja satu kampung makan roti canai  tapi kalau sekarang ni  hanya boleh belanja ketua kampung dan ajk yang selalu bodeknya saja.  Ini semua menunjukkan dengan jelas betapa nilai matawang semakin susut . Ini semua angkara inflasi  mana taknya makin gaji dinaikkan makin melambung naik harga siling barangan  melepasi bumbung menara tertinggi didunia. Nak kena budak inflasi ni. Nanti kalau rajin aku nak citer bab inflasi plak. Sekarang ini dah kesuntukan masa sebab masa itu emas. Emas terbukti zaman berzaman tak pernah susut nilai, harga emas turun naik tu tetap ada alah macam lautlah ada pasang ada surut tapi harga emas ni selalunya naik naik naik kalau turun pun sikit je , tak caya survey lah sendiri. Cer gugel cer gugel  cari info pasal emas dan dinar pulak ini  asyik gugel cara nak kaya je sampai bila pun tak kaya. Kalau nak kaya beli lah emas bebanyak jangan takut emas ni beli untung simpan untung jual lagilah untung. Emas ialah aset bukan liabiliti, pagi kita beli emas tengahari boleh pajakkan petang boleh belanja balik duit yang diberi oleh tokey pajak tu. Pastu pepandailah tebus balik... Kalau tak tergadai nanti.. takpe tergadai pun tak rugi duit dah dapat maaa.. Ada orang citer beli emas pajakkan dapat duit beli emas lagi pastu pajakkan dapat duit beli emas lagi pastu pajakkan lagi beli emas lagi sampailah kedai emas tu habis dan tokey dia pulak tinggal sehelai sepinggang. Janganlah pulak sampai tahap tu tamak melampau  tu tak baik . Takpe aku tengah mendalami bab emas ni nanti dah khatam boleh kita berkongsi ilmu.

Comments

Popular Posts