Ijoi Reka: Graphic Department

Jumaat, Oktober 12, 2012

Lukisan Anakku

Semua karekter ini di lukis oleh anakku Muhammad Ammar berusia 5 tahun. Dia memang suka melukis kerana aku suka melukis. Yang aku heran aku mula melukis darjah 4 dia seawal 4 tahun selepas berkenalan dengan pensil dan kertas terus pandai melukis. Aku abadikan kat blog ini supaya beliau bersemangat untuk meneruskan legacy aku iaitu melukis .

Dari lukisan ini memang terserlah dengan pengaruh siri-siri kartun atau cerita kegemaran beliau iaitu:
Ultraman yakni semua jenis ultraman dari atuk ultraman sampai cicit ultraman bahkan jiran sebelah mak uda ultraman pun  dia kenal_ Kamen rider, masked rider, pun dia kenal semua jenis rider. ben 10 dari atuk ben 10 sampai alien ben10 semua dia hafal.

Pergh kerana hafalan dia kuat aku pun masukkan segala jenis doa alhamdulillah dia boleh hafal dan ingat antaranya doa makan, doa naik kenderaan, doa tidur, doa masuk tandas, doa menuntut ilmu,  Budak2 memang cepat hafal jadi masa inilah kita kena tanam dan semai benih kemurniaan kedalam jemala mereka.

Aku memang takut dengan pengaruh media ni. Memang kuat pengaruh citer jepun ni hingga meresap ke kalbu anak-anak kita. Tu pasal kita kena berhati-hati dengan media yang memainkan peranan yang cukup dahsyat didalam mempengaruhi jiwa insani terutama mereka yang lemah.






Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Perhatian

SEGALA YANG TERKANDUNG , TERKUMPUL DAN TERHIMPUN DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN HASIL KERAHAN DAN PERAHAN AIR OTAK PELUKIS SENDIRI.ADALAH DIMAKLUMKAN JUGA SAYA SEBAGAI PENULIS,PELUKIS DAN PEREKA BLOG INI MENGAKU TIDAK PERNAH MENJALANKAN KEGIATAN SEPERTI PLAGIAT, TERGELIAT, MENIRU, MENIPU, MEMFOTOKOPI ATAU MENCURI HASIL KARYA SESIAPA JUA DIDUNIA DAN DI BIMA SAKTI INI.
Segala yang terkandung dan tercerita juga tiada kena mengena dengan sesiapa jua walau sebesar zarah. Kalau terkena jugak saya memohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya.
SEKIAN
IJOI
KARTUNIS BAWAH TANAH