Komik Doodle anakku



Anakku makin teruja melukis dan setiap aku balik kerja dia akan bagi artwork dia Papa masukkan dalam komputer

Aku kumpulkan semua artwork dia dan inilah yang terhasil.
Terimalah sebuah komik doodle

Judul: Tingkap itu telah dibersihkan
Tukang doodle: Muhammad Ammar 5 tahun
Tukang karut : aku 



Masih musykil?

Kerana judul, lukisan dan dialog tidak seiringan.

Jangan runsing  kerana itulah sebenarnya kita dalam kehidupan ini.

Sungguh pandai kita berpura-pura, mulut lain hati lain. Lain dikata lain dibuat.
 Cakap tak serupa bikin, bikin tak seperti cakap.

Berkenaan lukisan yang cincai dan mungkin anda rasa tak cantik dan tak menarik terpulang kepada anda menilai dari sudut manakah kecantikan itu dilihat.
Lihatlah dunia ini adakah semuanya  cantik dan indah belaka? Tidak!! ianya pun dikelilingi oleh keburukan , kejelikan dan kehodohan dan yang seangkatan dengannya.

Apabila melihat pemandangan yang indah lagi mengasyikkan, sebenarnya bukanlah pemandangan itu yang indah tapi memandang itulah satu keindahan yang kita lupa untuk mensyukurinya. Cuba bandingkan pula dengan orang yang tidak dapat melihat.Adakah sama orang yang melihat dengan orang yang tidak dapat melihat?

Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat. 
Surah Fathir:19

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 
fathir 4

Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati). 


Comments

Popular Posts