Tema Perkahwinan


Budak sekarang ni kalau kahwin mesti nak ada tema. 
Tak mengapalah biarkanlah jangan dengki, irihati mahupun cemburu. Semua terletak kepada kemampuan sendiri.
 Cuma yang kesian ialah orang-orang kampung dan warga-warga emas yang kadang-kadang kesian kita tengok macam kekok untuk menghadiri majlis tersebut. 
Jangan kita ingat semua orang dalam mukabumi ini mewah dan berada. 
Majlis kenduri kendara biarlah berpada supaya semua sanak saudara ipai duai sahabat handai periuk belanga  dapat menikmatinya.
Pernah terjadi pada seorang makcik kepada jiran punya makcik  seperti yang diceritakan oleh jiran dia tidak pergi ke majlis perkahwinan anak sedaranya hanya kerna tiada baju berwarna lemak ketam yang menjadi tema majlis persandingan tersebut dimana didalam jemputan memprotokolkan pemakaian warna tersebut.  
"Alaaa!!! Mano acik nak cari'an baju lomak kotam ni haaa!! Kok  kotam banyaklah kek pasar tu.!!!" Rungit beliau ketika konflik tersbut menyapa kedalam hidupnya.
Ada sekali tu amat  kesian nengok  seorang warga emas terpaksa atau mungkin dipaksa berpakaian arab semata untuk menghadiri perkahwinan cucu sedaranya yang mentemakan majlis perkahwinannya sebagai arabian nite. pergghh.. sekali pandang macam tok arab dua kali pandang macam roti arab
nasib baik beliau tak bawak unta kalau tak kecoh majlis tu.

Maka kesimpulannya terpulanglah kepada anda untuk menyimpulkannya. Ada akal fikir. Jadilah golongan yang berfikiran. 
Beringatlah dan jangan membazir kalau tidak jadilah seperti ini.

"Itulah awak duluuuuu!!!! masa nak kawin mak bapak awak letak hantaran tingggiiii tinggiii !!. 
Sekarang ni anak dah  selori...hutang belum seleseiii...!!!!"

Jangan kerana majlis 3 hari 3 malam, Anda terbeban 3003 malam.


Comments

uncle gedek said…
orang orang kartun memang suka text centralised eh?

sebab terbawa-bawa text dalam 'belon' kartun semua centralised... haha



Alaaa.. gunalah duit BR1M untuk kawin... haha
ijoi said…
betullah terbawak2 kekatunan dalam tulisan. Saya pun tak pernah try lagi dialog align left or right dlm belon. Bagus gak ide tu nanti saya cuba.Tks

Popular Posts