Ijoi Reka: Graphic Department

Khamis, April 18, 2013

Reduce, Reuse, Recycle

Karekter Kartun ini di reka untuk kempen Recycle. Penting recycle ni dalam menjaga kebersihan bumi kita. Sedih tengok sekitar kita, orang sesuka hati buang sampah merata macam dunia ini satu tong sampah yang besar bagi mereka. Mana perginya kesedaran mereka?? Yang selalu kita jumpa tempat yang terang-terang terpacak papan tanda Dilarang membuang sampah disini. Denda beribu ringgit. Tapi sayang sekali kat situlah orang buang sampah. Mereka itu sebenarnya adalah baghal. Ter emo pulak aku, tapi memang patut pun merasa marah melihatkan keadaan demikian. Nak kata tak sekolah, tapi memasing belajar sampai ke menara gading. Kadang tu aku pernah memandu dibelakang kereta BMW. Nampak kereta mewah  mesti orangnya educated tapi dengan selamba mencampakkan putung rokok ke lebuhraya. Apa dah jadi? Apa nak jadi? sampai sekarang buang sampah merata lagi? Apa dah jadi?

Kembali ke cerita recycle sebelum lalutan bertambah kalut. Dishort storykan karekter ini adalah untuk menghiasi tong kitar semula karya kumpulan kami. Tong yang dibuat dari barangan yang boleh dikitar semula. Antara barangan yang terpilih ialah bekas telur, tin minuman, botol air mineral , batang paip pvc dan surat khabar lama.  Maka siaplah sebuah tong kitar semula yang dibintangi oleh Maskot Dunia bersama Plastik, Kertas dan Aluminium.





Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Perhatian

SEGALA YANG TERKANDUNG , TERKUMPUL DAN TERHIMPUN DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN HASIL KERAHAN DAN PERAHAN AIR OTAK PELUKIS SENDIRI.ADALAH DIMAKLUMKAN JUGA SAYA SEBAGAI PENULIS,PELUKIS DAN PEREKA BLOG INI MENGAKU TIDAK PERNAH MENJALANKAN KEGIATAN SEPERTI PLAGIAT, TERGELIAT, MENIRU, MENIPU, MEMFOTOKOPI ATAU MENCURI HASIL KARYA SESIAPA JUA DIDUNIA DAN DI BIMA SAKTI INI.
Segala yang terkandung dan tercerita juga tiada kena mengena dengan sesiapa jua walau sebesar zarah. Kalau terkena jugak saya memohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya.
SEKIAN
IJOI
KARTUNIS BAWAH TANAH