Perempuan Itu Memang TUNANG kau tapi dia Awek aku.

Karekter design with adobe illustrator



Perubahan itu tidak mustahil, tapi perlu ada keazaman, ada orang berubah sekelip mata ada orang berkelip-kelip mata, ada orang sampai tak berkelip mata.Yang penting keazaman utk berubah dengan izinNya segalanya mungkin. Dipertontonkan sedikit karekter yg bakal mewarnai dunia komik tahun ini, InsyaAllah. Tajuknya kalau tak silap: Perempuan itu memang tunang kau! tapi dia Awek ku. Sebuah kisah yang tragis,sadis dan berkudis hingga meruntun jiwa-jiwa yang membacanya.

 Cerita ini tentang perubahan, Apa yang berubah? Siapa yang berubah? Siapa yang mengubah? Kenapa berubah? Untuk apa berubah? Untuk siapa berubah? Nantikan sahaja kemunculannya itu pun kalau penulis tak berubah fikiran untuk tidak menulisnya, KALAU tiba tiba berubah lain pulak ceritanya nanti,

Sedangkan pasir pun berubah dipukul ombak?Takdir memang tidak boleh diubah kerana ianya telah ditentukan. Tapi kita juga diberi peluang untuk berubah dan pilih hala tuju kita, Siapa kita hari ini adalah apa yang telah kita pilih untuk menjadi.Pilihan di tangan kita, Ketentuan MilikNya.

Ingatlah" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11) ...


Post a Comment

Need Design? Contact Us NOW!

Need Design? Contact Us NOW!

Popular posts from this blog

Clip Art: Kategori Sukan

Langkah-langkah dalam Proses Rekabentuk Grafik: