Lari-lari pastu lontar lembing kesasaran




Kena ada sasaran, barulah boleh lontar lembing tu Bang!
Kalau tak teruslah berlari sampai penat.

Selalu kita dengar perkataan mengejar Impian, mengejar cita-cita, mengejar kejayaan, tetapi bukankah lumrahnya sesuatu yang dikejar itu pasti akan lari, Jadi buat apa kejar? Makin dikejar makin lajulah dia,
Apa sahaja yang anda impikan perlu dibina, kerana membina boleh terus dilakukan sekarang. Macam bina rumah satu hari susun satu bata, lama-lama jadi lah rumah.
Penat mengejar dan penat membina lain rasanya. Lepas penat mengejar kena kejar balik , belum tentu dapat lagi, TAPI penat membina, lepas rehat boleh terus sambung semula membina dan binaan pun bertambah lagi setingkat.
Pepatah ada kata sehari selembar benang lama-lama jadi kain.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Comments

Popular Posts