Mendobi Cintaku





"Cinta itu ibarat Dobi
Dobi tempat cuci pakaian kotor
Cinta tempat cuci jiwa kotor
Jiwa kotor kerana tiada cinta
kalau jiwa penuh cinta pasti suci berseri
Cinta kepada Ilahi menyucikan jiwa dan hati"



Hari tu hari Isnin, Syaiful aka Epol kebosanan.
Apa nak buat hari ni? Tanya beliau kepada kucing jalanan yang dibelanya.
Kucing itu dijumpainya tersepit didalam ekzos motornya
lantas dibawanya balik dan dimandikannya.
Kucing itu dinamakannya Ekzos sempena tempat dijumpainya
Eksoz menggeliat dan memanjangkan tubunhnya lantas menguap kebosanan.
Kau pun bosan eh.
Tak pelah oleh kerana kau bosan aku dapat satu idea.
Apa kata aku pergi Dobi.
Maka sekonyong konyongnya pun maka Syaiful aka epol pun mengumpul bajunya untuk didobikan

"Iyau, Iyau, Iyau "Si Ekzoz mengiau.
Iya tak yejugak kan baju ni semua bersih, terima kasih lah Ekzoz kerana ingatkan aku.
Tapi takpelah, oleh kerana tahap kebosanan aku mengatasi 10 skala ritcher, maka aku
ambil keputusan untuk mendobi baju yang bersih ini.

Hatta sesampainya si Syaiful aka epol ini ke Dobi yang terletak hanya sepuntung rokok yang tidak dinyalakan kerana beliau tidak merokok maka beliau pun menukar wang syiling untuk dimasukkan kedalam mesin basuh tersebut.
Sedang penukaran wang kertas kepada syiling berjalan lancar, beliau didatangi oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
Belum sempat orang tersebut mencuitnya satu pukulan kilas buah silat pulut kuning hinggap di rusuk kiri orang tersebut.
Hah nak menculik lah tu! Getus Syaiful aka Epol sambil meneruskan tarian buah silatnya.
Err saya bukan nak culik encik. 
Habistu  dari tadi aku tengok kau asyik peratikan aku dan kemudian terhendap hendap, takde niat nak menculik?
Saya sebenarnya nak bagi tahu. Dah 2 hari takde air jadi sia-sia lah jika encik memasukkan siling kedalam mesin basuh itu nanti.
Air tiada bagaimana mahu basuh pakaian.

Iyeke... aiseh maafkanlah saya kerana memukul tanpa usul periksa dan terima kasih kerana memaklumkan tentang ketiadaan air.
Nanti saya majukan kepada pihak yang bertanggung jawab
Sekian terima kasih

Comments

Popular Posts