Hakikat sebuah meeting
Agenda apakah meeting itu?
Yang dia tu nak tunjuk dia banyak idea
yang dia ni nak tunjuk dia banyak kuasa
yang dia tu asyik membantah aje kerjanya
yang dia ni mengganguk aje yang dia suka
yang dia tu asal boleh nak menyampuk sahaja
yang dia ni cakap berbuih buih handal sekali namun buat jauh sekali
yang dia tu berucap tak henti mengalahkan perdana menteri
yang dia ni membelek henfon je reti
yang dia tu menekan-nekan laptopnya macam busy
yang dia ni layan ipad main game tak sedar diri
yang dia tu asyik mengupdate status wasap, ig, fb dll dari tadi
yang dia ni tersengguk sengguk menahan diri
yang dia tu asyik menggaru kepala sendiri
yang dia ni eksyen je macam dia pandai sekali
yang dia tu lelap menidurkan diri
yang dia ni tak renti mencatit diari
yang dia tu dari tadi teguk kopi
yang dia ni balun karipap dan mi
yang dia tu kenyit kenyit mata ngan sekreteri
yang dia ni khayal, mamai, jiwa takde kat sini
yang dia tu layan youtube, internet baik sekali
yang dia ni nengok jam sesaat sekali
yang dia tu satu hapah tak reti
yang dia ni usul, yang dia tu bantah
yang dia tu cakap, yang dia ni menyampah
yang dia tu cadang ,yang dia ni bangkang
yang dia ni asyik nak menang , yang dia tu taknak mengalah
yang dia ni bentang ,yang dia tu gulung
yang dia tu betul ,yang dia ni lagi betul
yang dia ni buka laptop, yang dia tu buka ipad
yang dia dia tu main game ,yang dia ni leka berchat
yang dia ni catat, yang dia ni catit
yang dia ni gelak , yang dia tu ketawa
yang dia tu bersin, yang dia ni batuk
yang dia ni asyik ke tandas, yang dia tu asyik menelepon
bila semua dah lengguh, meeting pun ditangguh
keputusannya?
akan dibincangkan semula bila sampai masa.
Iaitu pada meeting berikutnya.
Comments