Jumaat, Jun 08, 2012

Kerana Euro 2012



Bolasepak dan judi ibarat lagu dan irama



Demam bola sepak kembali lagi. Kali ini Ukraine & Poland. pulak akan menganjurkan Kejohanan Eropah atau lebih mesra dengan nama UEFA Euro 2012.

Kalau dulu Paul Si Sotong jadi mangsa sekarang ni Citta Sang Gajah pulak orang mintak ramalkan keputusan bolasepak.Apa kebendanya diorang ni
kalau nak judi mesti kena tenung nasib dulu. Kalau dah memang taik judi nak buat camner nasihat pun dah tak guna. Bila dah terkangkang nanti kerana kalah besar nanti menangis pun dah tak berguna. Biarlah orang yang berjudi itu tenggelam dalam dosa mereka kita yang tak berjudi ni janganlah sekali-kali mencuba supaya tak terjebak.

Renungkan dan fikirkan
"Wahai orang – orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi , bertenung nasib dan juga berhala – berhala merupakan najis dan sebahagian daripada amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya (yakni di dunia dan di akhirat)". (al-Maidah : ayat 90)

Jumaat, Jun 01, 2012

APA ITU WEB KOMIK? Part 4: Medium Penghasilan Web Komik

Selain dari lukisan biasa samada secara manual iaitu menggunakan pen dan dakwat serta kaedah digital menggunakan pen tablet atau peranti lukisan bermonitor terdapat juga pengkarya menghasilkan komik mereka menggunakan medium seperti imej 3D, foto yang dimanipulasi , permainan figura dan sebagainya. Diantara contohnya:-
1. Foto manipulasi
Komik yang dihasilkan melalui foto yang dimanipulasi
clip_image002
Rajah 1 Foto manipulasi
Dipetik dari http://photos23.flickr.com/27995686_2748d974a5.jpg
2. Permainan figura
Menggunakan figura permainan sebagai karakternya
clip_image004
Rajah 2 Permainan figura
Dipetik dari http://www.neomonsterisland.com/tktarkv/vol3/030/1455/1.html
3. Imej 3D
clip_image006
Menggunakan imej 3D didalam menghasilkan komik
Rajah 3 Imej 3D
Dipetik dari http://ianli.com/site/uploads/Art/dexters_lab.jpg
4. Model Tanah liat atau clay
Menggunakan model yang dihasilkan menggunakan tanah liat didalam menghasilkan komik
clip_image008
Rajah 4 Model Tanah liat atau clay
Dipetik dari http://fc23.deviantart.com/fs28/f/2008/049/c/1/Krystalak_Claymax_by_AmazingKaiju.jpg
 
KESIMPULAN
Kesimpulannya ,berdasarkan kajian serta maklumbalas dari populasi sampel terhadap kandungan multimedia didalam web komik yang menjadi bahan analisa kajian ini dan rumusan keatas data yang telah terkumpul dan di bentangkan pengkaji telah mendapati beberapa kelebihan dan kelemahan . Diantaranya ialah:-


Kelebihan
1. Memberi kesegaran dan dapat memvisualkan terutama bagi adegan yang tak dapat divisualkan melalui lukisan di kertas terutama membabitkan adegan
pertarungan , kesan khas dan sebagainya
2. Memberi kelainan serta menyuntik daya tarikan kepada web komik


kelemahan
1. Kesukaran dan kelambatan proses memuat turun kerana bukan semua audiens mempunyai capaian yang laju dan lancar terhadap internet terutamanya di
Malaysia
2. Masalah muat turun atau buffering yang dihadapi oleh audiens yang mencapai internet melalui dial-up modem serta lain lain capaian yang berkelajuan perlahan
dan sederhana
3. Kurang mesra pengguna berkemungkinan dari cara pembacaan komik yang masih baru
4. Animasi yang berulang (looping) menganggu penghayatan audiens
5. Tiada kawalan pada komik menyukarkan audiens
6. Jika saiz dikecilkan animasi menjadi laju namun kualiti imej menjadi kurang
7. Jika saiz dibesarkan kualiti imej amat baik namun kelajuan animasi pula menjadi kurang

Akhir kata berdasarkan kajian yang dibuat keatas web komik , walaupun terdapat juga golongan yang dapat menerimanya namun secara kontranya ia sukar diaplikasikan memandangkan penghalang utamanya ialah kelajuan internet itu sendiri. Ini sebenarnya telahpun dijelaskan oleh McCloud(2000) mukasurat 224 dengan menyatakan “Walaupun teknologi digital ini sentiasa berkembang dan berusaha mengatasi had dan batasannya setiap hari, namun keupayaannya tetap terbatas kepada had kelajuan, keupayaan dan penyimpanan”.

Justeru pengkaji merasakan kajian ini menemui kegagalan namun pengkaji masih berharap bahawa kegagalan ini bersifat sementara iaitu buat masa terdekat ini sahaja dan kemungkinan bila kesemua pengguna internet khususnya diMalaysia sudah mencapai kelajuan yang tinggi maka pada masa itu barulah elemen multimedia terutama animasi boleh diaplikasikan kedalam web komik dan seterusnya diterima ramai.


Sebenarnya mungkin banyak lagi  maklumat-maklumat tentang web komik yang terlepas pandang maklumlah masa mengkaji semakin suntuk . Namun aku akan terus mengkaji untuk mengkayakan lagi senario web komik tempatan. Lagipun semasa kajian ini dibuat peranti seperti i-phone, android , tablet belum wujud lagi  mungkin pada hari ini setelah kewujudan peranti tersebut dengan kecanggihan teknologi yang semakin pintar, laju , mampan dan  tampan  web komik amat mudah dihasilkan  contohnya melalui tipon bimbit/tab/note dll pengguna boleh terus melukis samada guna jari mahupun pen yang terselit dicelahnya atau snap aje gambar dan tukar jadi komik guna perisian yang disediakan lalu terus memuat naikkannya   ke web . Semakin canggih semakin mudah  mungkin dimasa akan datang hanya kelip mata je komik telah terhasil dan dipaparkan dalam bentuk hologram.
Sekian, terima kasih


Sebelumnya
Part 1:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-1pengenalan.html
Part 2:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-2peringkat-web.html
Part 3:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komikpart-3-kategori-gaya.html

APA ITU WEB KOMIK?Part 3: Kategori / Gaya Web Komik


Berdasarkan dari pemantaun yang telah dibuat dengan melayari beberapa web komik yang berlainan medium dan bentuknya pengkaji mendapati web komik ini boleh dikategorikan seperti berikut:-
1. Komik Konvensional
Komik ini merupakan komik biasa iaitu komik strip dan komik ‘loose ‘satu muka samada yang dilukis secara tradisi dan diimbas kedalam komputer atau yang dilukis menggunakan pen tablet atau tetikus menggunakan perisian seperti Ms-Paint, Photoshop, Illustrator dan sebagainya dan di muat naik untuk dipaparkan buat tatapan audien pada laman web atau blog . Komik ini hanya menggunakan laman web atau blog untuk tujuan paparan dan tidak menyediakan elemen multimedia sebagai tambahan.
clip_image002[7]
Rajah 1 Komik Konvensional dipaparkan dalam Blog
Dipetik dari
http://ijoikatun.blogspot.com/search/label/Hikayat%20Pendekar%20vs%20Samurai
2. Komik Interaktif
Komik ini menggunakan kaedah interaktif yang dihasilkan melalui perisian Flash. Ia dipaparkan di web menggunakan format flash. Didalam komik ini audien perlu meng’klik’ pada panel tertentu untuk membaca dialog. Disamping belon dialog ,terdapat juga animasi ringkas pada karakter atau objek tertentu.

image

Rajah 2.Komik Interaktif
Nota:
1. Belon teks dipaparkan pada panel tersebut setelah penunjuk di lalukan
2. Karekter keluar secara animasi pada panel tersebut setelah penunjuk di lalukan
Dipetik dari http://www.adifitri.com/comix/sabariah_web.html
 
3.Komik Navigasi
Komik ini menggunakan kaedah navigasi. Didalam komik ini audien perlu meng’klik’pada panel tertentu sebagai pilihan untuk meneruskan pembacaan. Setiap pilihan akan membawa kepada plot serta penyudah yang berlainan.
 
image
Rajah 3 Komik Navigasi
Nota:
1. Apabila audien mengklik pada panel tersebut akan membawa kepada panel seterusnya
2. Terdapat dua pilihan yang akan membawa audiens ke plot yang berlainan.
Dipetik dari http://www.sito.org/cgi-bin/ifreak/display?cay001
4.Novel Grafik Digital .
Komik ini menggunakan kaedah video animasi yang memerlukan audiens memuat turunnya dari laman video you tube . Didalam komik ini audien perlu meng’klik’ pada butang ‘play’ untuk memainkan video tersebut. Disamping belon dialog ,terdapat juga animasi pada karakter atau objek tertentu serta mengunakan kesan bunyi dan audio bagi menghidupkan penyampaian ceritanya. Namun begitu pengkaji merasakan kaedah ini sudah menghampiri video animasi atau animatik cuma penggunaan belon dialog yang membezakan.
clip_image016[7]
clip_image018[7]
Rajah 4.Novel Grafik Digital
Dipetik dari http://www.youtube.com/watch?v=V1uYTp0--zE
 
5. Komik Browser
Komik yang menggunakan kaedah browser seperti ‘flash plug-in’ dimana audiens diberi pilihan untuk bernavigasi ke muka surat seterusnya atau sebelumnya. Komik ini juga dilengkapi dengan kanta pembesar jika audiens mahu membesarkan imej komik ersebut. Disamping itu terdapat juga kesan bunyi serta lagu atau bunyi latarbelakangmengiringi komik tersebut semasa dipaparkan.
image
image
Rajah 5 Komik Browser
Nota:
1. Audiens perlu mengklik pada butang berikutnya (next) untuk ke mukasurat berikutnya atau butang sebelum (previous) untuk ke mukasurat sebelumnya
2. Audiens juga diberi butang tambahan untuk membesar atau mengecilkan (zoom in
/zoom out) panel komik
Dipetik dari : http://starwars.com/clonewars/comic/index.html
 
6. Komik skrol kebawah
Audien perlu skrol ke bawah untuk terus membaca komik dari mula hingga akhir mengikut sekuen.
 
image
Rajah 6. Komik Skrol Ke Bawah
Nota:
1. Audien perlu mengklik pada butang skrol kebawah untuk membaca panel komik berikutnya
Dipetik dari http://ijoikatun.blogspot.com/2010/09/cerekatun-kerana-karipap_30.html
 
7. Komik Skrol Ke Kanan
Audien perlu skrol kekanan untuk terus membaca komik dari mula hingga akhir mengikut sekuen
 
image
 
Rajah 7 Komik Skrol Ke Kanan
Nota :
1. Plot di susun dalam bentuk nombor dimana audiens perlu mengklik pada nombor tersebut secara turutan untuk membaca komik.
2. Paparan Komik mengikut turutan plot
3. Perjalanan plot yang disusun oleh pengkarya iaitu dari kiri ke kanan. Dipetik dari http://www.demian5.com/index-e.php

Bersambung Part 4: Medium Penghasilan  Web Komik
Sebelumnya
Part 1:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-1pengenalan.html
Part 2:http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-2peringkat-web.html

APA ITU WEB KOMIK? Part 2:Peringkat Web Komik

McCloud (2000) telah membahagikan web komik kepada 3 peringkat iaitu:

1. Penghasilan secara digital
Komik dilukis dan dihasilkan menggunakan peralatan dan peranti komputer. Proses pembikinan komik dijalankan secara digital dari peringkat lakaran hinggalah ke peringkat mewarna dan memasukkan teks. Untuk tujuan itu pengkarya mengunakan pen tablet , tetikus serta  peranti melukis atau tablet monitor. Disamping itu bagi  lukisan yang menggunakan medium tradisisional iaitu dakwat dan pen, lukisan tersebut akan diimbas masuk kedalam komputer untuk menjalani proses mewarna, grafik dan teks
Rajah 1 Penggunaan pen tablet
clip_image002
Gambar ikhsan dari
http://www.slashgear.com/gallery/data_files/1/4/6/wacom_bamboo2.jpg
2. Penghantaran secara digital
Dalam peringkat ini komik yang telah siap akan dihantar melalui media digital kepadapembaca. McCloud 2000 berpendapat penghantaran ini bukanlah menggunakan media digital seperti CDROM tetapi menggunakan  media internet sebagai platform untuk tujuan promosi iaitu memperkenalkan pelukis komik dan karya mereka. Pembaca perlu memesan komik yang dikehendaki dan komik akan dihantar secara fizikal melalui pos.
Namun begitu kecanggihan teknologi internet yang dibantu dengan keupayaan dan kecekapan jalurlebar menghantar data telah membolehkan komik dipaparkan melalui internet.
clip_image004
Rajah 2 Laman web yang menyediakan khidmat memesan komik diatas talian
Gambar ikhsan dari
http://wareseeker.com/images/categories/Graphic-Apps/Graphics-Cataloging-tools/scr_collectorz.com-comic-collector- 3.0.1.com%20Comic%20Collector%20screenshot


3. Komik dalam media digital.
Komik yang dipaparkan didalam media digital seperti CDROM dan DVD serta di suntik dengan elemen multimedia seperti animasi, bunyi, motion dan interaktiviti. Dalam suasana ini pembaca di beri pilihan menerusi menu utama serta pautan yang perlu dipilih dalam menentukan plot ceritanya.
clip_image006
Rajah 3 Komik yang diterbitkan menggunakan DVD
Gambar ikhsan dari
http://www.majorspoilers.com/wp-content/uploads/2008/06a/marvelsolict0908/HULKARCHIVES_DVD.jpg
 
Bersambung lagi Part 3 :Kategori Web Komik
Asyik sambung je..mestilah sambung kalau muat kat sini semuanya muntah pulak nak membacanya kerana ini semua dipetik dari tesis yang pernah aku buat satu ketika dahulu tentang webkomik disebuah IPT . Ini pun telah diringkaskan..

Bagi yang terlepas Part 1 disini: http://ijoikatun.blogspot.com/2012/06/apa-itu-web-komik-part-1pengenalan.html

APA ITU WEB KOMIK? Part 1:Pengenalan



 
Tiada kamus yang mendefinisikan dan mengistilahkan web komik secara terus. Ia sebenarnya dipinjam dari perkataan bahasa Inggeris “web comic” iaitu gabungan dua perkataan yang merupakan dua elemen berbeza iaitu web dan komik . Web sebenarnya merupakan singkatan bagi ‘world wide web’ dan ianya merujuk kepada protocol penghantaran atau perkongsian dokumen didalam rangkaian internet. Sementara komik pula telah dihuraikan sebelum ini sila rujuk kuliah terdahulu @ http://ijoikatun.blogspot.com/2011/05/apa-itu-komik.html.

Namun begitu Web komik atau digital komik didalam kajian ini merujuk kepada komik yang dipaparkan di komputer dalam suasana digital serta memerlukan capaian kepada internet.Internet merupakan media penghantaran dan perkongsian untuk komik ini dipaparkan dan di baca oleh audien.

Menurut Fenty, Sean, Trena Houp and Laurie Taylor (2008) didalam artikel yang berjudul "Webcomics: The Influence and Continuation of the Comix Revolution." Web komik sebenarnya bermula dari komik ‘underground’ dan mula diperkenalkan seawal tahun 1960 an.

Pada asalnya internet hanyalah medium yang digunakan oleh peminat komik ‘underground’ untuk mendapatkan versi komik ini yang tiada didalam pasaran. Internet dilihat memberi kemudahan perantaraan diantara pengkarya dan pembaca komik walaupun pada ketika itu ia hanya digunakan sebagai tujuan promosi dan periklanan komik tersebut dan pembaca perlu memesannya secara atas talian untuk mendapatkan naskah komik tersebut.


McCloud (2000) menyatakan kebanyakan komik yang diedarkan melalui internet merupakan karya yang diimbas dari karya asal yang dihasilkan menggunakan pen dan dakwat. Perbezaan yang paling ketara diantara web komik dan komik tradisional ialah penggunaan internet sebagai media penyebarannya kepada audiens. Kenyataan ini turut disokong oleh Fenty et al (2008).
Web komik menurut McCloud 2000 dilihat telah memecah tradisi komik konvensional kerana pengkarya sudah tidak terikat dengan keempat-empat asas komik seperti yang dijelaskan sebelum ini. sila rujuk kuliah terdahulu @ http://ijoikatun.blogspot.com/2011/05/apa-itu-komik.html. Kebolehan dan keupayaan komputer terutamanya skrin paparan membolehkan komputer memaparkan komik dalam apa jua saiz.
Menurut McCloud (2000 ) lagi “ Tiada sebab mengapa komik didalam suasana digital tidak boleh memaparkan cerita menerusi 500 panel” Ini adalah kerana suasana digital itu sendiri yang di sokong dengan penggunaan multimedia seperti navigasi dan interaktiviti memberikan kemudahan kepada audien untuk membaca komik.

Didalam suasana digital, web komik dilihat boleh dihasilkan dalam pelbagai saiz dan bentuk berbanding dengan komik konvensional yang terhad dengan helaian muka surat dimana satu muka hanya mampu memaparkan 1 hingga 10 panel sahaja.
Walau bagaimanapun web komik atau digital komik ini juga terbatas dengan capaian yang perlahan serta keupayaan dan kelajuan pemproses komputer menurut McCloud.
imagels
Menurut mitos semakin laju mesin tebu di kayuh semakin laju pemproses komputer memproses namun mitos ini tidak dapat disahkan kerana empunya mitos saja bergurau dengan sahabathandainya ketika itu. Harap maaf. Kembali kepada topik kita>>>

Namun begitu penambahbaikan kepada teknologi internet dengan terciptanya jalurlebar telah meningkatkan keupayaan dan kelajuan internet. Kelajuan ini membolehkan internet dari hanya berkeupayaan menghantar teks – kepada penghantaran satu imej – hinggalah penghantaran pelbagai imej dalam satu masa. Faktor ini memberi impak yang besar tehadap komik sepertimana yang di nyatakan oleh McCloud (2000)”Komik telah berevolusi dari komunikasi ke promosi dan seterusnya ke penerbitan dan penghantaran secara digital.

Penghantaran digital ini merujuk kepada komik yang dihantar menerusi perkhidmatan atas talian melalui rangkaian internet. Menyentuh soal penghantaran digital, sewaktu kajian ini dibuat sudah terdapat ratusan laman web diinternet menyediakan kemudahan untuk memuat naik kandungan samada yang berbentuk imej, foto, dokumen, audio, video , animasi dan sebagainya . Laman –laman web seperti flickr dan photobucket yang menyediakan kemudahan memuat naik foto, atau you tube untuk video dan animasi(sekadar menyebut beberapa nama) malahan terdapat juga laman web galeri seperti devian art yang mengalu-alukan pengkarya memuat naik karya mereka dan mencipta galeri ‘on-line’ masing-masing dilihat memberi ruang dan peluang kepada semua golongan memaparkan karya mereka iaitu apa yang media arus perdana tidak mampu melakukannya atas alasan menjaga kualiti karya dan reputasi majalah atau penerbitan mereka.

Malahan ledakan laman web percuma seperti wordpress, multiply, atau laman blog seperti blogger, blog dan sebagainya(sekadar menyebut beberapa nama) membolehkan semua golongan menerbitkan komik masing-masing di internet. Kebebasan memuat naik dan menerbitkan komik di internet tanpa penapisan dari pihak editorial atau penerbitan dilihat menjadi pemangkin kepada kemunculan ribuan web komik di seluruh dunia dimana kebebasan ini juga membuka peluang kepada semua golongan tidak mengira profesional mahupun amatur menghasilkan laman web atau laman blog komik sendiri, Kesempatan ini jugalah yang diambil oleh pengkarya komik underground atau bebas(independence) atau lebih popular dengan gelaran ‘indie’ untuk memaparkan hasil karya mereka.

Disamping itu ianya juga dilihat sebagai satu medan yang digunakan oleh pengkarya komik bebas serta kartunis di web untuk bereksperimentasi dengan karya masing-masing. Pendapat ini disokong oleh McCloud (2000)ms 165 dengan menyatakan ‘Komik di atas talian masih di peringkat percubaan dimana kesemua pengkarya dilihat cuba mencipta peraturan tersendiri didalam memaparkan karya komik mereka di laman web”.
 
Pelbagai cara, jenis dan kaedah digunakan oleh pengkarya web komik ini dengan harapan ianya akan mencetuskan fenomena serta di terima ramai. Dari lukisan asli yang diimbas kepada lukisan yang dihasilkan sepenuhnya secara digital menggunakan tetikus, pen tablet atau peranti melukis khas yang didatangkan bersama ”monitor” hinggalah membawa kepada penggunaan medium seperti clip art, model 3D, foto yang dimanipulasi, model permainan figura dan sebagainya .Atas sebab itulah McCloud(2000) berpendapat ianya laksana kanvas infiniti yang membawa maksud pengkarya komik diweb tidak lagi terikat dengan cara penyampaian visual komik tradisional malahan bebas melakukan apa sahaja terhadap cara penyampaian visual komik mereka. Disamping itu web komik ini juga kebanyakannya menerapkan konsep interaktif dan navigasi serta dimasukkan elemen animasi ringkas serta kesan bunyi dan audio memandangkan internet berupaya memainkan elemen tersebut sekaligus.

Untuk ketahui kisah selanjutnya sila baca bila ianya dimuat naikkan nanti.

Sekian wassalam..

to be continue Part 2:  Peringkat Web Komik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Perhatian

SEGALA YANG TERKANDUNG , TERKUMPUL DAN TERHIMPUN DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN HASIL KERAHAN DAN PERAHAN AIR OTAK PELUKIS SENDIRI.ADALAH DIMAKLUMKAN JUGA SAYA SEBAGAI PENULIS,PELUKIS DAN PEREKA BLOG INI MENGAKU TIDAK PERNAH MENJALANKAN KEGIATAN SEPERTI PLAGIAT, TERGELIAT, MENIRU, MENIPU, MEMFOTOKOPI ATAU MENCURI HASIL KARYA SESIAPA JUA DIDUNIA DAN DI BIMA SAKTI INI.
Segala yang terkandung dan tercerita juga tiada kena mengena dengan sesiapa jua walau sebesar zarah. Kalau terkena jugak saya memohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya.
SEKIAN
IJOI
KARTUNIS BAWAH TANAH